Tuesday, April 29, 2014

Kelulut Oh Kelulut

Kerana kelulut blog ini wujud.  Kelulut oh kelulut!

Gini ceritanya, bermula tahun lepas 2013 lagi sorang bos di tempat admin keje duk sebut pasal kelulut..kelulut dan kelulut. Mula-mula tu admin langsung tak ambik port pun. Tapi kalau dah selalu disebut tu akhirnya terjebak juga admin untuk mengenali apa itu kelulut.

Sejak dari tu admin try lah google pasal kelulut dan pendapatan yang dijana oleh penternak kelulut. Pehh leh tahan masyuk. Tambahan pula admin memang ada terfikir hendak buat sesuatu untuk menambah pendapatan keluarga.

Nak berniaga atau menternak kelulut?

Ada juga duk berbincang dengan wife samada hendak meniaga mee kuah or menternak kelulut. Thanks to Allah akhirnya we decided to ternak kelulut lah.

Admin pun baru berjinak-jinak dengan kelulut ni. Terlalu banyak perkara yang perlu admin belajar berkaitan kelulut ini. Admin belajar melalui youtube, blog-blog dan fb kelulut serta bos di tempat office admin keje. Mekasih kepada anda semua!

Apa itu kelulut? Nanti admin akan ceritakan apa itu kelulut. Tapi buat masa ni tengok dulu gambar kelulut








Di atas merupakan antara koloni kelulut yang admin beli dari Kelantan. Pelik jiran-jiran tengok batang-batang kayu ni. Apa kejadah ini semua.hahaha..

Perkenalkan kelulut!

Nanti kita cerita lebih lanjut lagi mengenai kelulut ya! Salam perkenalan semua.

P/S: Ada penternak kelulut di sini? Minta tunjuk ajar ya.

No comments:

Post a Comment