Thursday, May 1, 2014

Ilmu Kelulut

Nak memulakan sesuatu perniagaan atau perternakan orang cakap kena ada sikit ilmu pengetahuan. Jesteru itu admin pun telah ambil langkah membeli Manual Penternakan Lebah Kelulut keluaran Mardi.


Mahal ke? Hanya RM8 sahaja tidak termasuk kos penghantaran. Bagi mereka yang ingin mendapatkan manual ini boleh ke blog Penerbit Mardi.

Bak kata peribahasa "Malu bertanya sesat jalan". So admin pun join juga group berkaiatan kelulut di facebook. Ramai betul sifu-sifu yang mempunyai pengalaman luas sudi berkongsi pengalaman mengenai penternakan lebah kelulut ni.

Antara group perbincangan lebah kelulut ni adalah

1. Kaji Selidik Penternak Kelulut
2. Kelab Peminat Lebah Kelulut
3. AMZ Kelulut

Kalau ada yang lain boleh maklumkan pada admin ya.

Serius mereka memang tak kedekut ilmu. Thanks semua.

Selain itu, banyak juga blog-blog dan video-video yang berkaiatan lebah kelulut ni. Nak seribu daya taknak seribu dalih. Jom belajar.

Buat masa ni admin cuma belajar daripada sorang bos di tempat kerja, pembacaan di blog-blog, group di facebook dan di youtube. Teringin juga nak pergi kursus penternakan lebah kelulut anjuran Mardi. In Sha Allah lepas-lepas ni rasanya.

No comments:

Post a Comment